Tuesday, March 11, 2014

Pengumuman Khas | Aplikasi WeChat

Hubungi saya di "wechat"
Bagi anda yang berminat untu berkongsi cerita dengan saya, anda boleh tambah keratlentang sebagai rakan wechat anda.

Wechat adalah platform media sosial yang saya gunakan untuk berinteraksi dengan anda selaing emel.

Sunday, March 9, 2014

Pengumuman Khas | Komunikasi

Terima kasih di atas kunjungan me blog peribadi saya.

Saya tidak menjangka blog ini ada pelawat kerana ia dilakukan until meluahkan monolog hati.

Jika anda mempunyai kisah untuk dikongsi tanpa mahu mendedahkan di ruangan komen, anda bolehlah emelkan pada emel kerat.lentang@gmail.com namun setiap emel hanya dibalas pada hari-hari tertentu sahaja.

Jika anda ada aplikasi wechat pada telefon pintar anda, emelkan sekali id wechat anda untuk saya tambah rakan. Wechat akan lebih pantas berbanding emel.

Saya kira setakat ini sahaja posting saya kali ini, jumpa lagi dalam episod yang seterusnya.

Sunday, February 23, 2014

Kerat Lentang | Mukaddimah Siri 3

Kes penutupan Pelabuhan Tok Bali.

Kedudukan Pelabuhan Tok Bali dan Jeti Kuala Besut


Pada 6hb Disember 2013, rakyat Kelantan dikejutkan dengan maklumat penutupan Pelabuhan Tok Bali. Sekatan yang dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah dipercayai berikutan kemurkaan Tuanku dalam urusan pentadbiran, pembinaan dan operasi Pelabuhan berkenaan. Namun, sehingga ke hari ni, tiada tindakan dan prosiding mahkamah dibuat bagi menunjukkan terdapat jenayah percerobohan sebagaimana laporan polis yang dibuat. Ramai yang tidak sedar bahawa berdasarkan maklumat dalaman,  aktiviti dan projek yang pada mulanya dihebohkan sebagai sebuah projek pelabuhan ini adalah sebenarnya dijalankan atas kapasiti dan kelulusan jeti persendirian. Hasil maklumat dalaman Istana turut mengejutkan apabila mengatakan semasa sekatan tersebut dikenakan, Tuanku tidak berada di dalam negara, berbeza maklumat yang disampaikan oleh pegawai Istana yang mengetuai proses berkenaan. Dakwaan dan laporan pencerobohan oleh syarikat yang membina dan mengoperasikan jeti berkenaan amat mengejutkan sedangkan Tuanku sendiri memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan. Adakah Tuanku sedar tentang semua maklumat ini dan adakah Tuanku sedar apa yang sedang berlaku ini? Turut diberitakan sebuah firma audit berpengalaman telah dilantik untuk meneliti urusan pentadbiran dan perjalanan syarikat jeti ini dan setelah sekian lama laporan penuh dikeluarkan, tidak ada apa-apa kesalahan dan penyelewengan berlaku dalam urusan pertadbiran syarikat berkenaan.

Perisytiharan dan majlis pecah tanah pembinaan Pelabuhan Tok Bali yang dilakukan oleh Tuanku pada bulan March 2012 telah membuka mata ramai pihak bahawa Kelantan melalui sebuah syarikat tempatan sedang berusaha untuk menjayakan hasrat dan cita-cita Tuanku membina sebuah pelabuhan demi kepentingan dan kemajuan rakyat Kelantan keseluruhannya. Pelabuhan Tok Bali yang mula beroperasi pada pertengahan 2012 dilihat berjaya membawa negeri Kelantan satu tapak maju kehadapan dengan sehingga kini lebih 2 juta metrik tan bijih besi berjaya dieksport dari pelabuhan ini dan dianggarkan memberi pendapatan jutaan ringgit kepada Kerajaan Negeri  dan ekonomi rakyat Kelantan. Penutupan yang berlaku selama seminggu itu telah menyebabkan krisis kepercayaan kepada pelanggan-pelanggan pelabuhan berkenaan di samping memberikan imej yang sangat teruk kepada syarikat pengendali pelabuhan berkenaan. Kerajaan negeri termasuk Menteri Besar sudah pasti pening kepala dalam isu ini memandangkan projek ini merupakan salah satu projek besar yang dijalankan di Kelantan dan memiliki rantaian manfaat ekonomi yang sangat besar kepada kerajaan negeri dan rakyat Kelantan secara keselurhannya. Dimana silapnya dan dimana puncanya?

Saya berpendapat bahawa kronologi kepada masalah di Pelabuhan Tok Bali berpunca daripada sikap dengki dan iri hati sesetengah pihak yang berkepentingan dan berusaha untuk mendapatkan “share” dan kuasa di dalam syarikat berkenaan secara mudah. Kedudukan beliau yang begitu rapat dengan Tuanku memudahkan beliau untuk menjalankan gerakan pengambilalihan berkenaan setelah mendapati Pelabuhan Tok Bali berjaya mencatatkan keuntungan biarpun baru setahun lebih beroperasi. Umum mengetahui bahawa aktiviti perniagaan pelabuhan merupakan salah satu ativiti perniagaan yang strategik dan menguntungkan. Justeru, tidak hairanlah ramai yang ingin menyertai atau paling teruk – mengambil alih pelabuhan berkenaan. Kedudukan beliau sebagai Pengelola Istana dipergunakan sebaik mungkin sehingga segala kata-kata yang dikeluarkan oleh beliau ditakrifkan sebagai “titah” oleh kebanyakan pegawai Istana dan kerajaan Negeri. Sehinggakan dari pangkat Ketua Jajahan hingga kepada YAM Tengku Mahkota, begitu akur dengan nasihat dan juga arahan dari beliau.  Pernah diberitakan bahawa YAM Tengku Mahkota pernah ditengking oleh beliau atas suatu kejadian dan banyak “Surat Kuning” berkaitan perkara-perkara dasar telah dikeluarkan atas arahan beliau tanpa pengetahuan Tuanku Sultan. Rakyat memerhatikan perkara ini dan ini turut memperlihatkan seoleh-oleh Tuanku pula yang diperalatkan oleh individu berkenaan. Tuanku seolah-olah menerima arahan dari beliau untuk mengeluarkan titah. Malang sekali perkara ini berlaku yang mana bagi saya ianya telah mencemarkan nama Tuanku sebagai seorang ketua Kerajaan Kelantan yang berdaulat. Maklumat dalaman Istana turut mempersoalkan cara perlantikan beliau sebagai Pengelola Istana Diraja (PID) yang mana mengikut kebiasaannya, PID dilantik dari golongan Kerabat selain turut terdiri daripada Pegawai Tadbir Negeri (PTN). Sesuatu yang agak menjanggalkan apabila perlantikan dibuat tidak mengikut resam yang dipraktiskan sejak sekian lama. Adakah Tuanku sedar perkara ini? Atau Tunku turut terpengaruh dan telah mendengar “titah” PID bulat-bulat?

Turut menghadapi masalah berhubung tindak-tanduk PID ini adalah dikalangan PTN itu sendiri apabila ramai dikalangan mereka ditukarkan ke jawatan lain, pejabat lain dan jabatan lain malah ada yang turut dinasihatkan untuk meletak jawatan setelah campur tangan PID ini. Ramai yang merungut. Mereka dikatakan menerima nasib ini apabila “titah” yang dikeluarkan oleh PID berhubung sesuatu dakwaan jenayah/salah laku/penyelewengan dalam urusan sesuatu kontak/kelulusan/pajakan dan sebagainya, tidak menemui sebarang penemuan sebagaimana yang diharapkan. Saya turut berfikir, adakah PID turut memiliki “team” yang cuba mempergunakan beliau untuk kepentingan “team” mereka. Tidak hairanlah, isu berkaitan Pelabuhan Tok Bali turut mendedahkan beberapa nama yang menjadi “penasihat” kepada PID tersebut. Antaranya seseorang yang berpangkat Pengarah dalam jabatan yang berkaitan pentadbiran maritim, Pegawai Kanan sebuah syarikat berkaitan minyak & gas, serta beberapa indivitu yang berpengkalan di Singapura yang diberitakan akan bertindak sebagai “funder” kepada kemungkinan pengambilalihan milikan syarikat milik Pelabuhan Tok Bali. Gangguan demi gangguan dibuat kepada syarikat tersebut dengan harapan harga saham dan nilai syarikat berkenaan akan merudum dan “team” beliau mampu untuk menagmbilalih syarikatberkenaan dengan harga yang rendah. Umum mengetahui, memerapa paparan aduan di media massa seperti Berita Harian, Harian Metro dan Sinar Harian sejak kebelakangan ini agak kuat menghentam projek Pelabuhan Tok Bali. Begitu juga berlaku dengan pihak berkuasa sperti Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Malaysia dan juga Gerakan Polis Marin. Sumber dalaman agensi dan media berkenaan secara terangan menyebut, tindakan mereka adalah disebabkan “titah” yang dibuat oleh PID. Siapa PID yang sebenarnya? Sehingga beliau kelihatan begitu berpengaruh di dalam dan luar Istana. Dari pihak berkuasa, Pejabat Menteri Besar, SUK Kota Darulnaim, Istana Negeri, Istana Mahkota, Istana Telipot dan orang awam kelihatan amat takut dengan kelibat PID ini. Kuasanya menyelabungi kuasa dan daulat Tuanku Sultan. Dan Tuanku Sultan seolah-olah hanya memiliki hanya satu sumber maklumat yang boleh dpercayai. Dimana peranan Setiausaha Sulit (SS) Tuanku? Adakah peranan PID lebih besar dari SS?


PID ketika ini hanyalah seorang pegawai polis yang berpangkat DSP. Beliau bukan merupakan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) bahkan bukan juga seorang kerabat. Agak janggal bukan? Apa yang telah beliau buat kepada Tuanku sehingga Tuanku begitu akur dengan segala kata-kata yang disampaikan kepada Tuanku. Sumber dalaman turut menceritakan bahawa PID adalah individu yang bertanggungjawab memastikan Tuanku selalu keluar negara dan apabila balik ke dalam negeri, Tuanku hanya singgah tidak lebih dari 3 hari. Tuanku dinasihati supaya tidak lama berada di dalam negeri. Apakah ini merupakan strategi PID untuk memudahkan beliau mengatur langkah menjayakan segala cita-cita rakus beliau?

Kerat Lentang | Mukaddimah Siri 2

...sambungan


Sultan Muhammad V yang disayangi dan yang membanggakan rakyat Kelantan.


Sehingga peristiwa Krisis Kerabat Diraja Kelantan pada tahun 2010, saya secara tidak sengaja terdedah dengan “Cerita Dalam Pagar”. Saya percaya, Tuanku telah melalui suatu proses ujian dan cabaran yang sangat besar bagi mengekalkan sebuah kerajaan yang sah dengan pelbagai pihak pada ketika itu disifatkan cuba “menangguk di air keruh”. Saya turut percaya, dengan apa yang berlaku ini memiliki musibah tersendiri dengan pepatah menyebut – “sesuatu yang bagus, bukan senang untuk diperolehi”. Ini mencerminkan kejayaan Tuanku pada hari ini adalah hasil daripada kesabaran dan kebijaksanaan Tuanku menangkis dan mematahkan segala cubaan dan dugaan dari mereka yang zalim dan berniat jahat. Rakyat mengikuti perkembangan ini dengan rapat sekali dan kronologi kes ini sangat dihayati.

Selepas menerajui Kerajaan Kelantan secara beransur-ansur Tuanku mula melibatkan diri dengan pentadbiran Kerajaan Negeri. Banyak titah-tidah baginda dikeluarkan bagi memberi ingatan dan teguran kepada pentadbiran Kerajaan Negeri bagi menambah baik kecekapan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri. Rakyat percaya Tunku berhak dalam memberi teguran dan nasihat sewajarnya dan rakyat berhasrat untuk mendengar lebih banyak komen dan teguran yang lebih kritis dari seorang Sultan bagi kepentingan dan kemakmuran negeri dan rakyat secara keseluruhannya. Ramai yang berpendapat, Tunku sememangnya memiliki pasukan penasihat dan anggota Istana yang mahir dan berpengetahuan dalam urusan pentadbiran sesebuah kerajaan bagi memastikan nasihat dan teguran ynag dilontar adalah bersifat professional tanpa unsur-unsur menjaga kepentingan peribadi sesetengah pihak.

Sedar tidak sedar, kes utama yang berjaya ditangani adalah semasa Tuanku masih lagi memegang jawatan selaku Pemangku Sultan Kelantan iaitu pembongkaran isu penyelewengan kontrak dan  tuntutan kontraktor istana bagi membekal dan menyelia peralatan dan kelengkapan istana.

Isu yang berlaku pada sekitar pertengahan tahun 2009 itu telah membuka mata ramai pihak termasuk rakyat jelata bahawa Tuanku betul-betul ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk membersihkan pentadbiran Istana dan Kerajaan Negeri dari pihak yang berkepentingan. Sejak daripada itu, imej Tuanku selaku Pemangku Sultan dan seterusnya selepas pertabalan Tuanku menjadi Sultan Kelantan – imej Baginda telah meningkat dikalangan rakyat jelata. Banyak perbongkaran dan penemuan telah dibuat dan ditangani dengan cekap dan berkesan oleh Baginda Tuanku. Isu tersebut bukan sahaja melibatkan aspek-aspek ekonomi negeri bahkan turut melibatkan isu-isu lain seperti isu alam sekitar iaitu pencemaran air Sungai Belatop dan Sungai Beruk di Ulu Kelantan (Lojing). Peranan yang dimainkan oleh Tuanku telah memperlihatkan hasil apabila isu-isu alam sekitar yang berlaku di Lajing mulai reada dan sekiranya diperhatikan keadaan kualiti air di kedua-dua sungai berkenaan mulai menunjukkan peningkatan secara beransur-ansur.

Namun, perkara itu telah lama berlalu. Setelah beberapa tahun kebelakangan ini semua telah beranggapan negeri ini telah kembali “aman” dengan tiada lagi kumpulan-kumpulan yang cuba “menangguk di air keruh”. Mereka sudah pasti takut untuk menodai negeri ini dengan tanggapan bahawa Tuanku cekap menghidu dan mematahkan cubaan mereka. Orang-orang Tuanku akan berada dimana-mana untuk memerhati perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan pentadbiran Istana Negeri. Mungkin rmai yang berpendapat, rakyat sedang selesa mengharungi kehidupan setiap hari.

Adakah ramai sedar apa yang berlaku pada tahun 2013? Dan adakah ramai yang berfikir apa yang sedang berlaku pada tahun 2014? Dengan ketiadaan Tuanku di dalam negeri menyaksikan beberapa perkara mula menampakkan kejanggalan. Bermula beberapa tahun kebelakangan ini, diperhatikan terdapat beberapa gerakan-gerakan yang dilakukan secara progresif untuk golongan tertentu membina “team” baru serta isu-isu seakan-akan penyelewengan berlaku dalam pentadbiran Istana. Pengunduran bekas Menteri Besar Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat? Perlantikan Menteri Besar baru, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob? Keengganan Istana memperkena perlantikan ADUN Salor, Dato’ Husam Musa sebagai Exco Kerajaan Negeri?Kelewatan pembinaan dan peningkatan kos lebih 30% pembinaan Masjid Al-Ismaili Pasir Pekan?Perletakan jawatan dan perlantikan YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan? Perlantikan Pengelola Istana Diraja? Penutupan Pelabuhan Tok Bali? Setelah diperhatikan, kebanyakan isu-isu ini berlaku semasa ketiadaan Tuanku berada di dalam negara dan sudah pasti ianya diketuai dan diatur oleh seseorang atau sekumpulan individu yang boleh ditakrifkan sebagai sangat rapat dengan Tuanku Sultan. Kenapa semua ini berlaku dan siapa dalang disebalik kejadian ini???

Umum mengetahui, terdapat beberapa individu yang bekerja rapat dengan Tuanku. Samada individu tersebut merupakan pegawai lantikan atau golongan kerabat. Tetapi itu bukan persoalan penting asalkan kerja yang dilakukan itu dibuat secara adil dan bertangungjawab. Namun, amat malang sekali sekiranya mereka yang dilantik itu turut memiliki agenda dan kepentingan yang tersendiri. Kakitangan pentadbiran dalaman Istana mula bercerita tentang isu-isu sensitif “dari dalam pagar”. Sedarkah anda bahawa sebahagian kakitangan pentadbiran Istana telah diberhentikan atau ditukar ke luar Istana berikutan mereka bukan dari golongan “team baru”. Sehingga Dato’ Setiausaha Sulit kepada Tuanku sendiri kelihatan tidak berupaya untuk membela kakitangan tersebut. Diberitakan terdapat seseorang yang begitu berkuasa memberi “titah” terhadap apa yang berlaku ketika ini. Beliau lebih berkuasa berbanding Tuanku sendiri sehingga Tuanku seolah-oleh menelan sebulat suara kata-kata dan nasihat yang diutarakan oleh beliau.

Begitu juga isu keengganan Istana memperkenankan perlantikan Dato’ Husam Musa sebagai Exco Kerajaan Negeri. Berdasarkan sumber dalaman menyatakan ianya merupakan komplot terancang yang turut dianggotai oleh individu terbabit serta beberapa ahli politik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Pengunduran bekas YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan tanpa melanjutkan tempoh persaraan kepada umur persaraan wajib merupakan sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Dengan pengunduran itu dipercayai berlaku hasil daripada desakan oleh individu yang berkepentingan demi membawa masuk muka baru yang tidak menimbulkan “masalah” kepada beliau. Malang sekali pengalaman dan kebolehan mantan YB Dato’ SUK tidak digunakan ke peringkat maksimum demi menjaga kepentingan individu tertentu.

Rakyat terfikir, apa yang berlaku pada pembinaan Masjid Al-Ismaili? Pembinaan yang bermula pada 22 Disember 2011 itu sepatutnya menelan belanja sekitar RM9 juta sahaja. Akan tetapi setelah lebih dua tahun pembinaan, ianya masih gagal disiapkan. Sebagai bandingan, sebuah kompleks sekolah yang berkapasiti 24 buah bilih darjah yang menelan belanja sekitar RM24 juta boleh disiapkan dalam tempoh 18 bulan. Inikan pula sebuah masjid yang berkapasiti jemaah seramai 1,500 orang dan memiliki struktur binaan yang tidak begitu kompleks berbanding struktur bangunan lain. Turut dikatakan kos binaan turut meningkat melebihi 30 % daripada kos asal iaitu lebih RM13 juta. Perkara yang sama turut pernah berlaku kepada Masjid Jubli Perak di Rantau Panjang di mana Masjid “Tokong” tersebut menelan belanja yang melebihi kos awal, kelewatan kesiapan pembinaan dan pertukaran beberapa kontraktor utama kepada projek berkenaan. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan tiada penyelewengan di dalam urusan pentadbiran pembinaan tersebut. Amat mendukacitakan sekiranya projek yang dinaungi dan diilhamkan oleh Tuanku dipersendakan dan dipandang remeh oleh mereka yang sepatutnya menyempurnakan amanah Tuanku tersebut. Siapa yang bertanggungjawab dalam kes ini? Bagi saya, individu yang menasihat, memantau dan melaporkan perkembangan projek tersebut kepada Tuanku perlu menerimanya kerana beliau gagal membawa nama dan daulat Tuanku untuk mendesak projek tersebut supada dibina dan disiapkan mengikut perancangan masa dan kewangan.

Tedapat beberapa isu-isu yang menyelubungi pentadbiran Istana pada ketika ini yang bakal diulas dan didedahkan pada siri kedua blog saya. Saya juga mengalu-alukan maklum balas dari pembaca untuk menambahbaik dan memberi maklumat tambahan kepada laporan saya. Sekian, terima kasih dan jumpa lagi dalam siri seterusnya.

Monday, February 17, 2014

Kerat Lentang | Mukaddimah


KELATEKU

Sama seperti kebanyakan negeri lain di Semenanjung Malaysia, Kelantan turut memiliki Kesultanannya yang tersendiri. Dengan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai pemerintah Kerajaan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010 dengan gelaran Sultan Muhammad Ke-5 (SMV), Kelantan dianggap bertuah kerana memiliki Sultan yang betul-betul berjiwa rakyat. SMV merupakan salah seorang Sultan yang betul-betul melibatkan diri dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Imej baginda yang bersih, beriman dan berdaulat serta mesra rakyat amat disenangi oleh pentadbiran Kerajaan Negeri dan keseluruhan rakyat sejata. Malah telah banyak aktiviti dan kegiatan baginda diulas didalam media dan mendapat pujian bukan sahaja di Negeri Kelantan malah di seluruh Malaysia. Baginda banyak melibatkan diri dengan aktiviti rakyat antaranya “Walk with Me”, “Qiam with Me”, solat terawih, sembayang berjemaah di surau-surau kampung dan masjid-masjid terpencil selain aktiviti-aktiviti rasmi di seluruh Negeri Kelantan. Saya sebagai seorang rakyat Kelantan amat berbangga memiliki seorang ketua  negeri yang bukan sahaja memiliki budi pekerti yang mulia malah memiliki kemahiran dan sifat mentadbir yang cekap. Jujur saya katakan, sebelum era pertabalan SMV sebagai Sultan Kelantan, saya sendiri tidak begitu berminat atau terdedah dengan cerita-cerita berkaitan Kesultanan Negeri dan “Cerita Dalam Pagar”.

Bersambung...