Sunday, February 23, 2014

Kerat Lentang | Mukaddimah Siri 3

Kes penutupan Pelabuhan Tok Bali.

Kedudukan Pelabuhan Tok Bali dan Jeti Kuala Besut


Pada 6hb Disember 2013, rakyat Kelantan dikejutkan dengan maklumat penutupan Pelabuhan Tok Bali. Sekatan yang dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah dipercayai berikutan kemurkaan Tuanku dalam urusan pentadbiran, pembinaan dan operasi Pelabuhan berkenaan. Namun, sehingga ke hari ni, tiada tindakan dan prosiding mahkamah dibuat bagi menunjukkan terdapat jenayah percerobohan sebagaimana laporan polis yang dibuat. Ramai yang tidak sedar bahawa berdasarkan maklumat dalaman,  aktiviti dan projek yang pada mulanya dihebohkan sebagai sebuah projek pelabuhan ini adalah sebenarnya dijalankan atas kapasiti dan kelulusan jeti persendirian. Hasil maklumat dalaman Istana turut mengejutkan apabila mengatakan semasa sekatan tersebut dikenakan, Tuanku tidak berada di dalam negara, berbeza maklumat yang disampaikan oleh pegawai Istana yang mengetuai proses berkenaan. Dakwaan dan laporan pencerobohan oleh syarikat yang membina dan mengoperasikan jeti berkenaan amat mengejutkan sedangkan Tuanku sendiri memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan. Adakah Tuanku sedar tentang semua maklumat ini dan adakah Tuanku sedar apa yang sedang berlaku ini? Turut diberitakan sebuah firma audit berpengalaman telah dilantik untuk meneliti urusan pentadbiran dan perjalanan syarikat jeti ini dan setelah sekian lama laporan penuh dikeluarkan, tidak ada apa-apa kesalahan dan penyelewengan berlaku dalam urusan pertadbiran syarikat berkenaan.

Perisytiharan dan majlis pecah tanah pembinaan Pelabuhan Tok Bali yang dilakukan oleh Tuanku pada bulan March 2012 telah membuka mata ramai pihak bahawa Kelantan melalui sebuah syarikat tempatan sedang berusaha untuk menjayakan hasrat dan cita-cita Tuanku membina sebuah pelabuhan demi kepentingan dan kemajuan rakyat Kelantan keseluruhannya. Pelabuhan Tok Bali yang mula beroperasi pada pertengahan 2012 dilihat berjaya membawa negeri Kelantan satu tapak maju kehadapan dengan sehingga kini lebih 2 juta metrik tan bijih besi berjaya dieksport dari pelabuhan ini dan dianggarkan memberi pendapatan jutaan ringgit kepada Kerajaan Negeri  dan ekonomi rakyat Kelantan. Penutupan yang berlaku selama seminggu itu telah menyebabkan krisis kepercayaan kepada pelanggan-pelanggan pelabuhan berkenaan di samping memberikan imej yang sangat teruk kepada syarikat pengendali pelabuhan berkenaan. Kerajaan negeri termasuk Menteri Besar sudah pasti pening kepala dalam isu ini memandangkan projek ini merupakan salah satu projek besar yang dijalankan di Kelantan dan memiliki rantaian manfaat ekonomi yang sangat besar kepada kerajaan negeri dan rakyat Kelantan secara keselurhannya. Dimana silapnya dan dimana puncanya?

Saya berpendapat bahawa kronologi kepada masalah di Pelabuhan Tok Bali berpunca daripada sikap dengki dan iri hati sesetengah pihak yang berkepentingan dan berusaha untuk mendapatkan “share” dan kuasa di dalam syarikat berkenaan secara mudah. Kedudukan beliau yang begitu rapat dengan Tuanku memudahkan beliau untuk menjalankan gerakan pengambilalihan berkenaan setelah mendapati Pelabuhan Tok Bali berjaya mencatatkan keuntungan biarpun baru setahun lebih beroperasi. Umum mengetahui bahawa aktiviti perniagaan pelabuhan merupakan salah satu ativiti perniagaan yang strategik dan menguntungkan. Justeru, tidak hairanlah ramai yang ingin menyertai atau paling teruk – mengambil alih pelabuhan berkenaan. Kedudukan beliau sebagai Pengelola Istana dipergunakan sebaik mungkin sehingga segala kata-kata yang dikeluarkan oleh beliau ditakrifkan sebagai “titah” oleh kebanyakan pegawai Istana dan kerajaan Negeri. Sehinggakan dari pangkat Ketua Jajahan hingga kepada YAM Tengku Mahkota, begitu akur dengan nasihat dan juga arahan dari beliau.  Pernah diberitakan bahawa YAM Tengku Mahkota pernah ditengking oleh beliau atas suatu kejadian dan banyak “Surat Kuning” berkaitan perkara-perkara dasar telah dikeluarkan atas arahan beliau tanpa pengetahuan Tuanku Sultan. Rakyat memerhatikan perkara ini dan ini turut memperlihatkan seoleh-oleh Tuanku pula yang diperalatkan oleh individu berkenaan. Tuanku seolah-olah menerima arahan dari beliau untuk mengeluarkan titah. Malang sekali perkara ini berlaku yang mana bagi saya ianya telah mencemarkan nama Tuanku sebagai seorang ketua Kerajaan Kelantan yang berdaulat. Maklumat dalaman Istana turut mempersoalkan cara perlantikan beliau sebagai Pengelola Istana Diraja (PID) yang mana mengikut kebiasaannya, PID dilantik dari golongan Kerabat selain turut terdiri daripada Pegawai Tadbir Negeri (PTN). Sesuatu yang agak menjanggalkan apabila perlantikan dibuat tidak mengikut resam yang dipraktiskan sejak sekian lama. Adakah Tuanku sedar perkara ini? Atau Tunku turut terpengaruh dan telah mendengar “titah” PID bulat-bulat?

Turut menghadapi masalah berhubung tindak-tanduk PID ini adalah dikalangan PTN itu sendiri apabila ramai dikalangan mereka ditukarkan ke jawatan lain, pejabat lain dan jabatan lain malah ada yang turut dinasihatkan untuk meletak jawatan setelah campur tangan PID ini. Ramai yang merungut. Mereka dikatakan menerima nasib ini apabila “titah” yang dikeluarkan oleh PID berhubung sesuatu dakwaan jenayah/salah laku/penyelewengan dalam urusan sesuatu kontak/kelulusan/pajakan dan sebagainya, tidak menemui sebarang penemuan sebagaimana yang diharapkan. Saya turut berfikir, adakah PID turut memiliki “team” yang cuba mempergunakan beliau untuk kepentingan “team” mereka. Tidak hairanlah, isu berkaitan Pelabuhan Tok Bali turut mendedahkan beberapa nama yang menjadi “penasihat” kepada PID tersebut. Antaranya seseorang yang berpangkat Pengarah dalam jabatan yang berkaitan pentadbiran maritim, Pegawai Kanan sebuah syarikat berkaitan minyak & gas, serta beberapa indivitu yang berpengkalan di Singapura yang diberitakan akan bertindak sebagai “funder” kepada kemungkinan pengambilalihan milikan syarikat milik Pelabuhan Tok Bali. Gangguan demi gangguan dibuat kepada syarikat tersebut dengan harapan harga saham dan nilai syarikat berkenaan akan merudum dan “team” beliau mampu untuk menagmbilalih syarikatberkenaan dengan harga yang rendah. Umum mengetahui, memerapa paparan aduan di media massa seperti Berita Harian, Harian Metro dan Sinar Harian sejak kebelakangan ini agak kuat menghentam projek Pelabuhan Tok Bali. Begitu juga berlaku dengan pihak berkuasa sperti Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Malaysia dan juga Gerakan Polis Marin. Sumber dalaman agensi dan media berkenaan secara terangan menyebut, tindakan mereka adalah disebabkan “titah” yang dibuat oleh PID. Siapa PID yang sebenarnya? Sehingga beliau kelihatan begitu berpengaruh di dalam dan luar Istana. Dari pihak berkuasa, Pejabat Menteri Besar, SUK Kota Darulnaim, Istana Negeri, Istana Mahkota, Istana Telipot dan orang awam kelihatan amat takut dengan kelibat PID ini. Kuasanya menyelabungi kuasa dan daulat Tuanku Sultan. Dan Tuanku Sultan seolah-olah hanya memiliki hanya satu sumber maklumat yang boleh dpercayai. Dimana peranan Setiausaha Sulit (SS) Tuanku? Adakah peranan PID lebih besar dari SS?


PID ketika ini hanyalah seorang pegawai polis yang berpangkat DSP. Beliau bukan merupakan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) bahkan bukan juga seorang kerabat. Agak janggal bukan? Apa yang telah beliau buat kepada Tuanku sehingga Tuanku begitu akur dengan segala kata-kata yang disampaikan kepada Tuanku. Sumber dalaman turut menceritakan bahawa PID adalah individu yang bertanggungjawab memastikan Tuanku selalu keluar negara dan apabila balik ke dalam negeri, Tuanku hanya singgah tidak lebih dari 3 hari. Tuanku dinasihati supaya tidak lama berada di dalam negeri. Apakah ini merupakan strategi PID untuk memudahkan beliau mengatur langkah menjayakan segala cita-cita rakus beliau?

8 comments:

  1. Siapa dalang? Kelantan negeri serambi Mekkah pun ada unsur dengki & khianat juga ke.

    ReplyDelete
  2. Allah itu Maha Besar. Allah bersama orang2 yang dizalimi. Doa orang yg dizalimi dimakbul Allah. Itu janji Allah.

    ReplyDelete
  3. Sudah lebih 20 pegawai dan kakitangan istana negeri, istana telipot dan istana balai besar dipecat. Taraf kerja tetap. Staf lama banyak jasa belaka. Kalu diripot kepada Pejabat Boroh gerenti menang pihak dipecat. Semua sudah kena. Polis, penyapu sampah dll. Hukuman tak padan dengan salah. Pecat tak ikut prosedur. Zalim,

    ReplyDelete
  4. PID hati busuk. Tak layak jadi PID. Nak ambik hati SMV supaya sambung kontrak lepas pencen. Belum apa-apa dah duk congak berapa untung dapat hasil dari ambil alih Port Tok Bali. Polis yang jahat. Busukkan nama polis saja.

    ReplyDelete
  5. Aku buke nok bela sapo sapo tp aku raso ceto ni direko atas dasar nok balas dendam ni. Ramai dok kato mukin ore dale pelabuhe hok keno bue. Aku raso pid ni dok la srupo yg ditudoh. Aku tengok dio ni kejo bagus. Tp biaso la...kalu dok kejo tak dok lah ore napok. Doh wak kejo, bagus pulok tu...jadi rama lah raso deki. Ni aku goyak hok ikhlas. Aku dok suk pun dgr rama puji dio. Ko lagu mano.

    ReplyDelete
  6. Bagaimana mereka mengambil alih Port tersebut? Admin harap terangkan dengan lebih teliti. Setahu nya, Port ini merupakan batu loncatan pada ekonomi n pembangunannya di negeri ini. Sekarang apa sudah jadi...

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn admin bahwa port sbg batu loncatan pada ekonomi negeri tapi berdasarkan cakap cakap orang kampong sekitar pelabuhan, tiada perkembangan pun. Yang sibuk operasi adalah penghantaran bijeh timah dan manganese sahaja dengan menggunakan nama sultan. Orang kampong terpaksa akur walaupun habis jalanraya jahanam dan kekotoran terhadap sekolah berhampiran. Nak kata pembangunan langsung tiada malah kehancuran yang jelas nya.

    ReplyDelete
  8. Orang kampung sudah kena brainwash. Denga oghe kecek sajo xguno kalu xselidik. Denga2 cakap? Denga sajo. Betol ko dop....

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen anda.