Sunday, February 23, 2014

Kerat Lentang | Mukaddimah Siri 2

...sambungan


Sultan Muhammad V yang disayangi dan yang membanggakan rakyat Kelantan.


Sehingga peristiwa Krisis Kerabat Diraja Kelantan pada tahun 2010, saya secara tidak sengaja terdedah dengan “Cerita Dalam Pagar”. Saya percaya, Tuanku telah melalui suatu proses ujian dan cabaran yang sangat besar bagi mengekalkan sebuah kerajaan yang sah dengan pelbagai pihak pada ketika itu disifatkan cuba “menangguk di air keruh”. Saya turut percaya, dengan apa yang berlaku ini memiliki musibah tersendiri dengan pepatah menyebut – “sesuatu yang bagus, bukan senang untuk diperolehi”. Ini mencerminkan kejayaan Tuanku pada hari ini adalah hasil daripada kesabaran dan kebijaksanaan Tuanku menangkis dan mematahkan segala cubaan dan dugaan dari mereka yang zalim dan berniat jahat. Rakyat mengikuti perkembangan ini dengan rapat sekali dan kronologi kes ini sangat dihayati.

Selepas menerajui Kerajaan Kelantan secara beransur-ansur Tuanku mula melibatkan diri dengan pentadbiran Kerajaan Negeri. Banyak titah-tidah baginda dikeluarkan bagi memberi ingatan dan teguran kepada pentadbiran Kerajaan Negeri bagi menambah baik kecekapan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri. Rakyat percaya Tunku berhak dalam memberi teguran dan nasihat sewajarnya dan rakyat berhasrat untuk mendengar lebih banyak komen dan teguran yang lebih kritis dari seorang Sultan bagi kepentingan dan kemakmuran negeri dan rakyat secara keseluruhannya. Ramai yang berpendapat, Tunku sememangnya memiliki pasukan penasihat dan anggota Istana yang mahir dan berpengetahuan dalam urusan pentadbiran sesebuah kerajaan bagi memastikan nasihat dan teguran ynag dilontar adalah bersifat professional tanpa unsur-unsur menjaga kepentingan peribadi sesetengah pihak.

Sedar tidak sedar, kes utama yang berjaya ditangani adalah semasa Tuanku masih lagi memegang jawatan selaku Pemangku Sultan Kelantan iaitu pembongkaran isu penyelewengan kontrak dan  tuntutan kontraktor istana bagi membekal dan menyelia peralatan dan kelengkapan istana.

Isu yang berlaku pada sekitar pertengahan tahun 2009 itu telah membuka mata ramai pihak termasuk rakyat jelata bahawa Tuanku betul-betul ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk membersihkan pentadbiran Istana dan Kerajaan Negeri dari pihak yang berkepentingan. Sejak daripada itu, imej Tuanku selaku Pemangku Sultan dan seterusnya selepas pertabalan Tuanku menjadi Sultan Kelantan – imej Baginda telah meningkat dikalangan rakyat jelata. Banyak perbongkaran dan penemuan telah dibuat dan ditangani dengan cekap dan berkesan oleh Baginda Tuanku. Isu tersebut bukan sahaja melibatkan aspek-aspek ekonomi negeri bahkan turut melibatkan isu-isu lain seperti isu alam sekitar iaitu pencemaran air Sungai Belatop dan Sungai Beruk di Ulu Kelantan (Lojing). Peranan yang dimainkan oleh Tuanku telah memperlihatkan hasil apabila isu-isu alam sekitar yang berlaku di Lajing mulai reada dan sekiranya diperhatikan keadaan kualiti air di kedua-dua sungai berkenaan mulai menunjukkan peningkatan secara beransur-ansur.

Namun, perkara itu telah lama berlalu. Setelah beberapa tahun kebelakangan ini semua telah beranggapan negeri ini telah kembali “aman” dengan tiada lagi kumpulan-kumpulan yang cuba “menangguk di air keruh”. Mereka sudah pasti takut untuk menodai negeri ini dengan tanggapan bahawa Tuanku cekap menghidu dan mematahkan cubaan mereka. Orang-orang Tuanku akan berada dimana-mana untuk memerhati perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan pentadbiran Istana Negeri. Mungkin rmai yang berpendapat, rakyat sedang selesa mengharungi kehidupan setiap hari.

Adakah ramai sedar apa yang berlaku pada tahun 2013? Dan adakah ramai yang berfikir apa yang sedang berlaku pada tahun 2014? Dengan ketiadaan Tuanku di dalam negeri menyaksikan beberapa perkara mula menampakkan kejanggalan. Bermula beberapa tahun kebelakangan ini, diperhatikan terdapat beberapa gerakan-gerakan yang dilakukan secara progresif untuk golongan tertentu membina “team” baru serta isu-isu seakan-akan penyelewengan berlaku dalam pentadbiran Istana. Pengunduran bekas Menteri Besar Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat? Perlantikan Menteri Besar baru, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob? Keengganan Istana memperkena perlantikan ADUN Salor, Dato’ Husam Musa sebagai Exco Kerajaan Negeri?Kelewatan pembinaan dan peningkatan kos lebih 30% pembinaan Masjid Al-Ismaili Pasir Pekan?Perletakan jawatan dan perlantikan YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan? Perlantikan Pengelola Istana Diraja? Penutupan Pelabuhan Tok Bali? Setelah diperhatikan, kebanyakan isu-isu ini berlaku semasa ketiadaan Tuanku berada di dalam negara dan sudah pasti ianya diketuai dan diatur oleh seseorang atau sekumpulan individu yang boleh ditakrifkan sebagai sangat rapat dengan Tuanku Sultan. Kenapa semua ini berlaku dan siapa dalang disebalik kejadian ini???

Umum mengetahui, terdapat beberapa individu yang bekerja rapat dengan Tuanku. Samada individu tersebut merupakan pegawai lantikan atau golongan kerabat. Tetapi itu bukan persoalan penting asalkan kerja yang dilakukan itu dibuat secara adil dan bertangungjawab. Namun, amat malang sekali sekiranya mereka yang dilantik itu turut memiliki agenda dan kepentingan yang tersendiri. Kakitangan pentadbiran dalaman Istana mula bercerita tentang isu-isu sensitif “dari dalam pagar”. Sedarkah anda bahawa sebahagian kakitangan pentadbiran Istana telah diberhentikan atau ditukar ke luar Istana berikutan mereka bukan dari golongan “team baru”. Sehingga Dato’ Setiausaha Sulit kepada Tuanku sendiri kelihatan tidak berupaya untuk membela kakitangan tersebut. Diberitakan terdapat seseorang yang begitu berkuasa memberi “titah” terhadap apa yang berlaku ketika ini. Beliau lebih berkuasa berbanding Tuanku sendiri sehingga Tuanku seolah-oleh menelan sebulat suara kata-kata dan nasihat yang diutarakan oleh beliau.

Begitu juga isu keengganan Istana memperkenankan perlantikan Dato’ Husam Musa sebagai Exco Kerajaan Negeri. Berdasarkan sumber dalaman menyatakan ianya merupakan komplot terancang yang turut dianggotai oleh individu terbabit serta beberapa ahli politik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Pengunduran bekas YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan tanpa melanjutkan tempoh persaraan kepada umur persaraan wajib merupakan sesuatu yang sangat jarang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Dengan pengunduran itu dipercayai berlaku hasil daripada desakan oleh individu yang berkepentingan demi membawa masuk muka baru yang tidak menimbulkan “masalah” kepada beliau. Malang sekali pengalaman dan kebolehan mantan YB Dato’ SUK tidak digunakan ke peringkat maksimum demi menjaga kepentingan individu tertentu.

Rakyat terfikir, apa yang berlaku pada pembinaan Masjid Al-Ismaili? Pembinaan yang bermula pada 22 Disember 2011 itu sepatutnya menelan belanja sekitar RM9 juta sahaja. Akan tetapi setelah lebih dua tahun pembinaan, ianya masih gagal disiapkan. Sebagai bandingan, sebuah kompleks sekolah yang berkapasiti 24 buah bilih darjah yang menelan belanja sekitar RM24 juta boleh disiapkan dalam tempoh 18 bulan. Inikan pula sebuah masjid yang berkapasiti jemaah seramai 1,500 orang dan memiliki struktur binaan yang tidak begitu kompleks berbanding struktur bangunan lain. Turut dikatakan kos binaan turut meningkat melebihi 30 % daripada kos asal iaitu lebih RM13 juta. Perkara yang sama turut pernah berlaku kepada Masjid Jubli Perak di Rantau Panjang di mana Masjid “Tokong” tersebut menelan belanja yang melebihi kos awal, kelewatan kesiapan pembinaan dan pertukaran beberapa kontraktor utama kepada projek berkenaan. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan tiada penyelewengan di dalam urusan pentadbiran pembinaan tersebut. Amat mendukacitakan sekiranya projek yang dinaungi dan diilhamkan oleh Tuanku dipersendakan dan dipandang remeh oleh mereka yang sepatutnya menyempurnakan amanah Tuanku tersebut. Siapa yang bertanggungjawab dalam kes ini? Bagi saya, individu yang menasihat, memantau dan melaporkan perkembangan projek tersebut kepada Tuanku perlu menerimanya kerana beliau gagal membawa nama dan daulat Tuanku untuk mendesak projek tersebut supada dibina dan disiapkan mengikut perancangan masa dan kewangan.

Tedapat beberapa isu-isu yang menyelubungi pentadbiran Istana pada ketika ini yang bakal diulas dan didedahkan pada siri kedua blog saya. Saya juga mengalu-alukan maklum balas dari pembaca untuk menambahbaik dan memberi maklumat tambahan kepada laporan saya. Sekian, terima kasih dan jumpa lagi dalam siri seterusnya.

2 comments:

  1. SMV dicontrol abe hamid tok bomoh istana telipot asal tukang kebun jadi tukang urut. Sambil urut sambil bomoh SMV suruh ikut kata. Lama-lama SMV jadi pening dan bengong. Dahsyat abe hamid orang manal.

    ReplyDelete
  2. Sultan fit kah jadi Sultan?

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen anda.